31 March 2017

ESP

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.



Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.




Legasi Shaklee

Dr. Forrest C. Shaklee, Sr. (Pengasas Shaklee)

Selama tempoh lebih 5 dekad, syarikat shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semula jadi yang terulung di dunia.

Kamampanan dalam perniagaan dan pembangunan produk kesihatan.

Pada tahun 1915, DR. Forrest C. Shaklee telah mencipta "vitalized minerals" iaitu ,merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsing pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, shaklee kembali kepada semula jadi dengan mencari bahan-bahan semula jadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.


Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang kebaikan shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan shaklee.

Syarikat Shaklee meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.

Jadi tunggu apa lagi anda semua di luar sana, AYUH bersama SHAKLEE dan berkongsi tentang kebaikan shaklee seterusnya melayakan anda mendapat ganjaran dari pihak syarikat.

9 March 2017

Salam Perkenalan:)

“Wahai manusia bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga terpenuhi rezekinya, walau lambat rezeki tersebut sampai kepadanya, maka bertakwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, ambillah rezeki yang halal dan tinggalkanlah rezeki yang haram” (HR. Ibnu Majah, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani).

Jadi, اَلرَّازِقُ (Ar-Raaziq) mengandungi sifat اَلرَّزْقُ (Ar-Razq) yang bermakna pemberian rezeki. Dan Allah disebut اَلرَّازِقُ (Ar-Raaziq) artinya Allah memberi rezeki kepada seluruh makhluk tanpa kecuali. Adapun اَلرَّزَّاقُ  (Ar-Razzaq) menunjukkan makna banyak memberi rezeki, sehingga اَلرَّزَّاقُ  (Ar-Razzaq) artinya Yang Banyak Memberi rezeki. Dia memberi rezeki yang satu kemudian rezeki yang lain dalam jumlah yang sangat banyak.


Alhamdulliah, syukur kehadrat Ilahi pemberi rezeki yang tidak terhingga-hingga kepada kami sekeluarga dan saya memilih untuk membukan penulisan blog saya dengan memahami lebih dekat maksud (Ar-Razq).



Dalam al-Quran juga terdapat gesaan supaya setiap umatnya tidak berhenti daripada berusaha dalam mengerjakan sesuatu urusan supaya selesai. Bagi umat Islam, kita berpegang pada kata-kata keramat, “Man Jadda Wa Jadda”, yang membawa maksud bahawa “Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.”




Sebagai umat Islam yang berpegang kepada kepercayaan kepada agama dan rezeki kurniaan Ilahi sepenuhnya, sudah pasti kita tidak akan sekali-kali berhenti berusaha. Malahan Allah SWT juga telah memerintahkan kita semua untuk bertebaran di muka bumi ini untuk mencari rezeki yang bersih dan halal.

Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan, sudah pasti ia merupakan satu kerugian sekiranya anda mahu mengalah dalam perniagaan. Ketika anda berasa seperti sudah tiada lagi hari yang cerah pada esok hari, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama-sama kita dalam setiap apa juga yang kita lakukan ini.

Percayalah janji-NYA kepada kita dan mohonlah, mintalah dan merintihlah kepada-NYA atas segala kesulitan yang telah menimpa anda. Percayalah bahawa tiada apa pun yang dapat menyekat rezeki anda di dunia ini melainkan maut sahaja yang akan menghentikan segala usaha dan perjuangan anda di dunia ini.

Salam pembukaan dari saya:)