Jadi, اَلرَّازِقُ (Ar-Raaziq) mengandungi sifat اَلرَّزْقُ (Ar-Razq) yang bermakna pemberian rezeki. Dan Allah disebut اَلرَّازِقُ (Ar-Raaziq) artinya Allah memberi rezeki kepada seluruh makhluk tanpa kecuali. Adapun اَلرَّزَّاقُ (Ar-Razzaq) menunjukkan makna banyak memberi rezeki, sehingga اَلرَّزَّاقُ (Ar-Razzaq) artinya Yang Banyak Memberi rezeki. Dia memberi rezeki yang satu kemudian rezeki yang lain dalam jumlah yang sangat banyak.
Alhamdulliah, syukur kehadrat Ilahi pemberi rezeki yang tidak terhingga-hingga kepada kami sekeluarga dan saya memilih untuk membukan penulisan blog saya dengan memahami lebih dekat maksud (Ar-Razq).
Dalam al-Quran juga terdapat gesaan supaya setiap umatnya tidak berhenti daripada berusaha dalam mengerjakan sesuatu urusan supaya selesai. Bagi umat Islam, kita berpegang pada kata-kata keramat, “Man Jadda Wa Jadda”, yang membawa maksud bahawa “Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.”
Sebagai umat Islam yang berpegang kepada kepercayaan kepada agama dan rezeki kurniaan Ilahi sepenuhnya, sudah pasti kita tidak akan sekali-kali berhenti berusaha. Malahan Allah SWT juga telah memerintahkan kita semua untuk bertebaran di muka bumi ini untuk mencari rezeki yang bersih dan halal.
Sebagai usahawan yang menjalankan perniagaan, sudah pasti ia merupakan satu kerugian sekiranya anda mahu mengalah dalam perniagaan. Ketika anda berasa seperti sudah tiada lagi hari yang cerah pada esok hari, ingatlah bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama-sama kita dalam setiap apa juga yang kita lakukan ini.
Percayalah janji-NYA kepada kita dan mohonlah, mintalah dan merintihlah kepada-NYA atas segala kesulitan yang telah menimpa anda. Percayalah bahawa tiada apa pun yang dapat menyekat rezeki anda di dunia ini melainkan maut sahaja yang akan menghentikan segala usaha dan perjuangan anda di dunia ini.
Salam pembukaan dari saya:)

1 comment:
nice
Post a Comment